Hayati Keindahan Warisan Kita

Perihal

Assalamulaikum dan salam sejahtera buat kepada warga dan penggemar seni kraftangan semua.disini saya ingin memaparkan produk jualan aneka seni kraftangan model rumah melayu tradisioanal dan rumah warisan Melayu lama yg becirikan setiap negeri yang ada di malaysia ini khususnya replika rumah rumah melayu lama dihasilkan dengan cantuman buluh lidi pencucuk sate. Selain rumah saya ada juga menghasilkan seni rekaan surau,madrasah dan lain lain lagi replika yang melambangkan resam kehidupan dan perkampungan warisan melayu tradisional. Sudah pasti anda akan merasa takjub, kagum dan terpesona dengan keindahan seni replika rumah rumah ini.bilamana anda merenung, jiwa anda terasa bagaikan anda sedang menginap disebuah rumah yang begitu unik sekali di malaysia ini. Apatah lagi anda juga akan merasa diri anda berada di alam perkampungan melayu lama. Hasil kraftangan saya ini amat sesuai untuk dijadikan hadiah,cenderahati dan bahan pameran di muzium serta hiasan untuk para tetamu bertandang kerumah dan pejabat kita.sesuai juga untuk dijadikan sebagai buah tangan oleh para pelancong luar. Saiz replika ini dihasilkan pelbagai  seni bentuk cirinya yg trsendiri  dan tersurat seribu makna.

Maka dengan rasa tanggungjawab untuk memelihara tradisi ini, saya menggunakan perdekatan yang baru dalam memastikan generasi muda khususnya golongan pelapis mengenali seterusnya menghayati keindahan rekabentuk rumah tradisi Melayu, seterusnya mampu memartabatkan senibina warisan bangsa dengan tarikan yang ada pada model-model buatan saya, khususnya kepada para pelancong asing. Dengan cara ini saya berharap nilai seni warisan bangsa akan diberi tumpuan yang khusus oleh masyarakat dunia. Oleh itu lahirlah laman blog ini dimana ia memuatkan hasil kraf saya untuk tontonan semua. Berminat untuk mendapatkannya? Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut. 






0 ulasan:

Catat Ulasan

Kongsi pendapat anda disini!