0
Read more
Hubungi
Dicatat oleh
amar maaruf
Bidang seni dan kraftangan  merupakan sesuatu yang paling digemari buat kepada penggemar seni  kraftangan. Buat julung kalinya di Malaysia hasil kraftangan yang  diperbuat daripada buluh lidi pencucuk sate boleh menghasilkan berbagai  jenis model rumah warisan Melayu tradisional yang becirikan nilai-nilai  khusus yang ada di negeri-negeri di Malaysia ini. Dengan teknik  pembuatanya yang penuh kesabaran, ketekunan ,ketelitian dan kesenian  cantumannya sudah pasti menarik pemerhatian anda. Bilamana anda merenung  setiap aspek bentuk seni rekanya sudah pasti jiwa anda mengembara  bersama kenangan warisan silam nenek moyang kita. Replika ini amat  sesuai untuk djadikan cenderahati, koleksi peribadi dan pameran hiasan  didalam rumah, pejabat dan sebagainya.
Kepada  sesiapa yang berminat untuk mendapatkan dan menempah mengikut  citarasa  replika rumah yang anda impikan boleh menghubungi saya di  alamat yang  tertera di bawah ini...
Wan Mohd Amar Bin Wan Mohd @ AMAR
No Tel-019 9227940
711-2 Jalan Tembesu,
Kampung Bukit Kuang,
24000 Kemaman,
TERENGGANU
No Tel-0199227940
0
Read more
Perihal
Dicatat oleh
amar maaruf
Assalamulaikum dan salam sejahtera  buat kepada warga dan penggemar seni kraftangan semua.disini saya ingin  memaparkan produk jualan aneka seni kraftangan model rumah melayu  tradisioanal dan rumah warisan Melayu lama yg becirikan setiap negeri  yang ada di malaysia ini khususnya replika rumah rumah melayu lama  dihasilkan dengan cantuman buluh lidi pencucuk sate. Selain rumah saya  ada juga menghasilkan seni rekaan surau,madrasah dan lain lain lagi  replika yang melambangkan resam kehidupan dan perkampungan warisan  melayu tradisional. Sudah pasti anda akan merasa takjub, kagum dan  terpesona dengan keindahan seni replika rumah rumah ini.bilamana anda  merenung, jiwa anda terasa bagaikan anda sedang menginap disebuah rumah  yang begitu unik sekali di malaysia ini. Apatah lagi anda juga akan  merasa diri anda berada di alam perkampungan melayu lama. Hasil  kraftangan saya ini amat sesuai untuk dijadikan hadiah,cenderahati dan  bahan pameran di muzium serta hiasan untuk para tetamu bertandang  kerumah dan pejabat kita.sesuai juga untuk dijadikan sebagai buah tangan  oleh para pelancong luar. Saiz replika ini dihasilkan pelbagai  seni  bentuk cirinya yg trsendiri  dan tersurat seribu makna.
Maka  dengan rasa tanggungjawab untuk memelihara tradisi ini, saya  menggunakan perdekatan yang baru dalam memastikan generasi muda  khususnya golongan pelapis mengenali seterusnya menghayati keindahan  rekabentuk rumah tradisi Melayu, seterusnya mampu memartabatkan senibina  warisan bangsa dengan tarikan yang ada pada model-model buatan saya,  khususnya kepada para pelancong asing. Dengan cara ini saya berharap  nilai seni warisan bangsa akan diberi tumpuan yang khusus oleh  masyarakat dunia. Oleh itu lahirlah laman blog ini dimana ia memuatkan  hasil kraf saya untuk tontonan semua. Berminat untuk mendapatkannya?  Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.  
Langgan:
Ulasan (Atom)
 
 

